Sunday, June 19, 2011

Demam Campak

dari malam tadi aku x senang duduk. x senang baring, x senang hati..Ape pun x boleh..semalam dapat msg dari bo die kta kna demam cmpak. mak ai.. bia btl bdk ni..aku mula la teringat org kg aku de yg meninggal sbb kna demam campak..ish.. Ya Allah kuatkan la semangat die yer.. last msg dgn die smlm.. sbb die kta dah x larat nk msg.. dah seminggu die ngadu kt aku kta pnas dalam.. hilang selera mkn.. aku cuma nasiatkan byk minum air je la.. sbb ayh dgn kakak ipar aku pn tgh dmam jgk..ari khmis die kta nk mtk cuti dari hari jmaat smpai selase sbb nk blk Chini melawat atok die.. oke x pe la.. skali smlm cacar air tu naik dah.. hurmmm.. aku pn x tau.. sbb jao. x dpt tgk. harap die msg je la.. tp smnjk ptg smlm dah x de khabar berita.. hope die x de pape.. die yg saket aku yg melampau risau..

dulu aku dah penah kna.. tapi bkn cacar air. aku kna chicken pox.. masa aku darjah 1. aku berjangkit dgn kwn aku kt skola.lame 000 nk hilang bekas tu.. smpai skang msaih de lg kesan kt peha aku sbb dmam campak tu.. tp masa tu bdk lg kn aku kna. aku demam pn aku bantai main lari2 kt luar rumah. mak aku soh rehat pn aku wat x tau je.. budak kn.. tp bl mlm aku garu2 sbb gatal.. mlm baru sakit.. siang rmai kwn aku main je..tp bo ni aku x tau la.. aku hrp die kuat la mcm aku dulu..hehehe..

aku kongsi sikit info demam campak ni yer..

  • Campak merupakan penyakit mudah berjangkit.
  • selalunya menyerang kanak-kanak.
  • boleh juga kena pada semua peringkat umur. 90% yang berada berdekatan pesakit akan dijangkiti dengan mudah.
  • menyebabkan ruam kulit. Seseorang boleh dijangkiti selama 1 hingga 2 hari sebelum tanda tanda dapat dilihat dan sehingga 4 hari setelah ruam timbul.
  • Disebarkan melalui bersin, batuk dan bahan terjangkit dan permukaan yang terdedah kepada pesakit.
  • Campak boleh menjadi serius dan membawa kematian kepada sesetengah kanak kanak dan setiap tahun dianggarkan 30 juta hingga 40 juta kes campak berlaku seluruh dunia menyebabkan lebih dari 75,0000 kematian.
  • Orang yang telah dijangkiti campak akan membentuk imuniti semulajadi.


Tanda dan Gejala

Gejala bermula 10 – 12 hari selepas terdedah dengan pesakit, Gejala awal adalah seperti hidung berair, batuk, hidung tersumbat, mata merah, sakit otot , sensitif terhadap cahaya dan demam. Selepas 2 hingga 4 hari gejala tadi, ruam badan dan tompokan putih di dalam mulut mula timbul.Ruam bermula di kepala dan merebak ke bahagian lain, berkembang ke bawah dan bersatu antara satu sama lain. Ia akan beransur hilang dalam masa 4 hari sebagaimana tempoh ia berlaku.

Rawatan

  • Acetaminophen (paracetamol) untuk mengurangkan demam dan sakit badan.
  • Rehat (tidur ) dengan cukup.
  • Pelembab yang menyegarkan ruang respiratori (pernafasan) dan menghilangkan batuk.
  • Antibiotik diberikan kepada pesakit yang membentuk otitis media atau jangkitan kuman pada paru paru.
Cacar air
Biasanya jangkitan cacar air ini menghasilkan pelalian seumur hidup. Walaubagaimanapun, virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap (shingles) kepada orang dewasa dan kadang-kadang kepada kanak-kanak.

Gejala-gejala :

  • Demam,rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.
  • Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka,kepala,kedua-dua lengan dan kaki.
  • Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah,kering dan menjadi keruping (4 -5 hari)
  • Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang.

Bagaimana cacar air boleh dicegah?

  • Cacar air boleh dicegah dengan suntikan pelalian. Minta nasihat doktor.(jangan suntik sendiri)
  • Jika anda mendapat cacar air, elakkan jangkitan kepada orang lain dengan tidak pergi ke sekolah atau ke tempat kerja sehingga lepuh menjadi kering dan berkerak.
  • Seseorang yang berisiko mendapat cacar air yang teruk (bayi yang baru lahir, yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, wanita mengandung) yang terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air, mungkin diberi antibodi dalam bentuk immunoglobulin untuk memberi perlindungan segera.

Chicken Pox

Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

Tanda dan Gejala

Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

Rawatan

  1. Ubatan anti-viral :

Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).

  1. Rawatan antibiotik

Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.

  1. Rawatan di rumah

    • Sapu losyen calamine.
    • Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
    • Panadol untuk demam



Cara lain untuk Merawat:
  • selepas campak keluar.. guna kan cara berubat ini..
  • Bg pesakit minum air kelapa(bukan kelapa gading @ kuning), dgn makan sedikit isi kelapa utk beberapa hari..
  • Baca kn doa pada bahan dan air kelapa..
  • Mesti mandi dgn kadar yg agak banyak, mandi dgn pelahan, dari kaki dan naik ke atas.. akhir sekali baru lah kepala..
Tanda Campak telah habis..
  • ade bintik2 merah d tapak kaki
Klu x tahan gatal:
  • Jika x tahan akibat campak yg keluar dgn banyak..
  • Guna kan daun mamu/bambu..(selalunya org india tanam pokok ni..cari dekat kuil2 or sekolah tamil)
  • letak kn d bawa bantal, tilam, katil..
  • masuk kn daun mamu/bambu dan pecah2 kn daun tersebut ke dlm timba, isi kan air dan mandi dgn air tersebut..
Pantang larang:
  • X bleh kena air hujan.. (akn meninggal kn parut hitam)
  • X bleh mandi laut (selama 6 bulan)
Bg menghilang kan parut hitam:
  • daun asam jawa & bedak sejuk asli..
  1. tumbuk hingga lumat daun asam jawa td & campurkan dgn bedak sejuk..
  2. sapu kan d satu badan pada waktu malam sebelum tidur..
  3. pada pagi nya, mandi dgn air yg telah d doa kn..
  4. Bt 3 kali sehari
  5. selama 3 hari...

nota kaki: doakan bo saya cpt sembuh yer..

5 comments:

  1. aku pon penah kena! tahun lepas. dah besar besar kena chicken pox, rase kelakar jugak kan? hehe doa doa Syafiq cepat baik. :)

    ReplyDelete
  2. syaza: tu ar.. nsb die cpt baik.. x naik byk pn..

    ReplyDelete
  3. Skunk niee aq tngh merana ni haaa...cozz chicken pox
    Xpnah rse xb'maya & letih mcm nieee...doakn supaya sy cpat semboh errrkkk kwan2.....

    ReplyDelete
  4. Sepatutnya semua sekolah dan hospital diwajibkan menanam pokok semambu Dan Cuba membentuk pkok tu dgn dawai sejak pokok tu kecik supaya mudah dipanjat apabila pokok tu besar. Bila berlaku dmm campak, masyarakat dh tahu nk ambik mana daun pokok INI.

    ReplyDelete