Monday, May 23, 2016

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Assalamualaikum..

11 Jan 2016
1.39pm
HTAR, Klang
Officially a mother to Muhammad Aryan Rizqi bin Mohd Syafiq

Alhamdulillah.. 1 moment yang aku x kan lupa. sampai skrg ni, kdg2 aku akan ulang balik kenangan tu dekat syafiq. 

10 Jan 2016 (38w 1d)
Pagi tu buat cucur ikan bilis. Sebab Syafiq kerja hari tu. tapi balik awal. petang tu ajak dia jalan-jalan pergi Pantai Remis. Syafiq badan macam dedar sikit.. macam nak demam. Makan-makan semua kat pantai tu. terus balik rumah. Solat Maghrib & Isyak lepas tu rasa badan Syafiq makin panas. lap2 badan dia dengan tuala basah dia pun tidur. Sementara dia tidur aku masuk dapur nak prepare barang-barang nak masak untuk bekal pergi kerja esok. 

38Weeks. aku cadang minggu tu last kerja. lepas tu cuti. tapi elok aku ambik periuk nasi nak bawak pergi sinki.Pukul 11.30pm aku rasa ade air panas meleleh kat celah peha. tapi tak banyak. aku masuk toilet aku kencing. sebab ingatkan air yang meleleh tu aku kencing.. hehehe.. maklum la, semenjak dah sarat ni asyik nak kencing je. aku sambung nak basuh periuk nasi. masih meleleh lagi air tadi. ok buat rilex. jalan perlahan-lahan pegi jenguk syafiq dalam keadaan air tu masih meleleh. aku tengok dia tidur lena. x sampai hati nak kejut.

patah balik pegi bilik belakang. ambik kain batik. nak kepit supaya air tadi tak menitik kat lantai. sekarang aku yakin ni air ketuban. sebab dia x berenti meleleh. aku buka pintu bilik. aku panggil syafiq. "abg, bgn syg. gha dah pecah air ketuban" masih tak bangun. aku kuat kan sikit pitching "Abg! gha dah pecah air ketuban" dia punye bangun tu. terus tegak kepala. "Hah? dah nak bersalin??" terus dia pegang kepala aku. peluk. "abg nak buat ape ni?"

Syafiq nampak sgt gelabah time tu. aku suruh dia solat isyak dulu. sambil aku pergi mandi. aku boleh rilex lagi sebab masih x rasa ape. x rasa sakit lagi. siap-siap semua barang. syafiq tanya. nak pergi hospital mana. aku decide pergi je la hospital Klang. walaupun masa tu orang cakap hospital klang pack ape semua. aku berserah je. 

Dalam kereta aku pegang tangan syafiq. sekejap gelak. sekejap sedih. sekejap menangis. macam2 perasaan ade. siap mintak maaf bagai. sebab rumah ke hospital ambik masa 30 mnt. sempat la borak macam2. aku boleh borak lagi?? Yes. sebab memang x rasa sakit ape pun lagi.

sampai PAC lengang. x ade orang. daftar masuk. tukar baju pink. nurse suruh baring nak cek CTG. doktor datang nak cek betul tak tu air ketuban. ade sesi soal jawab sikit. lepas tu scan. masa scan doctor cakap reading air ketuban masih 10. means aku kembar air. sebab tu x rasa sakit nak bersalin. setel semua. dia tolak masuk wad.

11 Jan 2016
1.10 am
aku disorong masuk wad. aku mintak jalan kaki je. nurse x bagi. dia nak jugak suruh naik wheelchair. start duduk wad. sekejap2 aku mintak pad dekat nurse. air dok mengalir je dari tadi. asal aku mengiring air keluar. aku nak bangun keluar lagi.terkebil-kebil aku kat katil tu. katil sebelah kiri tidur lena. sebab dia ambik ubat tahan sakit. yang sebelah kanan tengah tahan contraction. aku kat tengah2 terkebil kebil. aku suruh syafiq balik rumah. sebab aku x rasa akan bersalin malam tu. mesti esok siang.macam mana pun kena bersalin dalam masa 24jam.

aku masih x bagitau sape2. mak ayah semua x tau lagi. kecuali syafiq dah whatsapp umi. tapi umi belum baca sbb dh tidur.

6.00am.
azan subuh. aku bangun. tukar pad lagi. ambik wuduk. dah start rasa sakit sikit-sikit. tapi masih ok. aku gagah kan diri solat berdiri. lepas solat aku dok berjalan2 dalam wad tu. nak bagi hilang rasa contraction. masa tu rasa contraction every 10-12 mnt.

7.15am
doktor datang nak cek. aku mintak buat VE. doktor perempuan. muda lagi. dia cakap. aik.. biasanya orang takut nak buat VE. ni awak yang mintak. aku kata kt doktor. saya x puas hati x tau berapa bukaan saya. buat CTG nurse cakap. awak x rasa sakit yer. tgk contraction awak slow. cek bukaan baru 3cm. doktor ckp maybe ptg baru bersalin sbb anak sulung biasanya lambat.

time ni aku terlepas waktu breakfast. sebab masa breakfast aku tengah dalam bilik buat VE & CTG

8.30am
nurse suggest ambik ubat tahan sakit. mula aku tak nak. sebab rasa masih boleh tahan. tapi nurse cakap nnt dah buka 5cm x blh ambik ubat dah. ubat tahan sakit ni x de pape effect pn. cuma bagi kita ngantuk. aku pun setuju. inject je. lepas tu aku bantai tidur. aku dengar orang bercakap. tapi mata x boleh buka. ngantuk sangat. aku rasa contraction tu datang dan pergi. tapi aku tetap nak tidur.

11.30 am.
nurse kejut. suruh masuk bilik nak buat VE lagi. masa ni masih mamai. masih ngantuk kesan ubat tadi. doktor tadi jugak yang cek. dia kata dah 5cm. dia suruh masuk bilik zone A. standby nak kena tolak masuk labour room. masa ni aku suruh syafiq datang. sebab dah 5cm. baby anytime je dah nak keluar. dalam zone A. aku baring. gelak2 dengan nurse. nurse suruh buka bra, buka semua2 barang kemas. datang doktor lelaki. dia cek CTG aku.dia tengok contraction masih x kuat. tapi bukaan makin besar. dia takut aku x boleh teran nnt. terus dia suruh nurse drip. Erti kata lain. paksa suruh rasa sakit. 

aku siap cakap dengan doctor. alaaa x nak drip. nak sakit semulajadi. Doktor boleh bawak bergurau lagi. dia kata. awak nak bersalin macam mana kalau x rasa contraction. jalan dah makin besar.

12.45pm
puas aku borak2 dengan nurse tu. tiba2 rasa sakit tu datang. nurse tu pun ajar cara bernafas. ingat kan suruh pegang buku lali masa meneran. dia suruh aku banyak2 selawat. 
aku panggil syafiq. aku nak mintak kurma. sebab aku memang x makan ape dari pagi. last aku makan nasi petang semalam dekat pantai remis. tapi nurse x bagi makan. sebab dah nak bersalin. dia suruh minum je.

1.15pm. 
aku dah rasa sakit sangat. dah macam nak teran. aku pegang tangan nurse tu kuat2. aku cakap. "nurse saya nak teran" nurse suruh hold dulu. dia nak cek jalan. dia selak je kain. dia kata. "dah nampak kepala. puan tarik nafas in out. kita masuk labour room sekarang" aku pegang tgn syafiq. aku nangis. sebab masa tu dah rasa sakit nak teran. tapi x sampai labour room lagi. 

masuk je labour room. aku dengar dorang jerit2.. "doktor primid. the patient is primid. kepala baby dah nak keluar." ** primid means kandungan pertama. tiba2 je sekeliling aku ramai orang. sebelah aku ade sorg. aku x sure dia MA ke, bidan ke, Doktor ke. tapi dia yang cakap kat aku "puan pegang buku lali. dagu cecah dada. mata pandang ke perut. bila rasa sakit puan push sampai habis nafas" 
 "maaf puan, saya buka kan tudung yer. semua perempuan dalam ni." aku x blh fikir ape dah. aku iyer kan je. 

depan aku ade sorang doktor. dia yang bagitau. ok sikit lagi puan. sikit lagi. push kali pertama x keluar lagi baby. nak push kali ke 2. aku x rasa contraction. doctor sruh push tapi aku x de rasa sakit. tunggu sekejap. aku tertarik nafas panjang. doktor cakap baby masuk balik. dia suruh tarik nafas pendek tapi hembus masa teran tu yang panjang. push kali ke 3. sekuat tenaga yang aku ade. terus pop! keluar baby. doktor tu cakap. alahai. keciknya baby. dengar baby nangis terus kau senyum. doktor letak atas dada. skin to skin dengan baby. Ya Allah lembutnya kulit baby. wanginya baby. ini la yang aku carry selama 9 bulan. sekarang dah ade atas dada. 

setel semua urusan dekat labour room. nurse dah pakaikan pad. dah tukarkan kain. pukul 2.15pm sorong masuk wad. nurse panggil. "suami puan najihah. Suami Puan Najihah." x de jugak. masuk wad nurse letak baby kat sebelah kita. 

tiba-tiba syafiq lalu. dia x perasan aku. aku yang panggil dia. dia boleh terkejut "eh dah bersalin? sekejapnya. abg baru makan roti" Bertuah punya suami. isteri berjuang. dia pegi makan. 


12 Jan 2016
2pm
aku dah boleh discharge. terus balik kampung dgn mak.


secara keseluruhan aku sangat2 puas hati dengan Hospital klang. Sebab:

1. x kira walaupun baru buka 1 cm. tetap dapat katil. dapat la baring dengan selesa.
2. nurse & doktor semua terlatih. mungkin sebab hospital lama
3. dari masuk PAC sampai la nak discharge. x de 1 doktor lelaki pun yang sentuh aku. 
4. tak de doktor pelatih nak datang interview macam setengah hospital lain.
5. Dari masuk wad sebelum bersalin. sampai la nak discharge. aku rasa doktor & nurse semua nya baik2.

** jadi kata-kata orang yang taknak bersalin dekat HTAR sebab ramai orang x boleh diguna pakai. sebab walaupun ramai orang. tapi banyak katil, ramai nurse & doktor. masa dekat zone A. 1 patient. 1 nurse. 



Thursday, August 20, 2015

M2B : Syafiq's & Najihah's Junior

Assalamualaikum.


Syukur Alhamdulillah Allah Bagi rezeki awal pada kami. Allah tu adil kan. Allah tak bagi lagi rezeki pada kami untuk tinggal serumah. tapi Allah bagi aku peneman dalam rahim ni buat aku rasa suami aku sentiasa ada dengan aku.

Tanda-Tanda Awal Mengandung:

1. Lewat Period
time ni aku baru lewat 3 hari sebenarnya. tapi dalam hati dah terdetik. Eh, dah ade isi ke. x pernah lewat period. Tapi x nak la fikir sangat. mungkin sebab perubahan Hormon kot. baru lepas kahwin kan.

2. Kerap sendawa
ni memang tahap x boleh bendung. asyik nak sendawa je. tak tertahan angin dia. siang malam pagi petang buang angin. sampai syafiq cakap. lapar ke kenyang ke sendawa jerrr..


3. Letih & Mengantuk
Kalau dekat office. aku sanggup tak lunch sebab nak tido tengahari tu. balik kerja mandi2 solat maghrib. tunggu azan isyak. azan je trus solat. sebab mata dah x tahan ngantuk sangat2. awal2 tu mmg tido pkl 9 la. sampai subuh.



genap seminggu lewat period. Hari jumaat pagi 22hb May aku balik sungai besar sebab nak balik pahang ptg tu. Pagi tu bangun tido aku gatal pg buat UPT. padahal baru lewat seminggu kan. punya la berdebar. cicing dulu. aku biakan je UPT tu. mandi2 semua baru tengok. neves punya pasal.
result dia.....


Yang atas tu first test aku.  sangat kabur kan. aku pun nampak tak nampak je line tu. tapi masa tu aku agak benda ni false kot. sebab aku biakan lama sangat. aku sorok dalam beg. tak bagitau syafiq pun. petang tu balik pahang macam biasa. buat aktiviti macam biasa. 

4. Sakit Pinggang
ahad balik s.alam. malam tu pinggang aku sakit sangat. ya ampun.. x boleh tido. esok pegi kerja masih sakit. aku berehat je dekat ofis. tak banyak buat kerja.

5. Demam Malam
 asal malam je suhu badan naik. bukan demam panas. tapi badan dedar..

6. Perut rasa memulas
ni jadi bila malam je. rasa macam sakit senggugut tu. tapi bukan senggugut.. x boleh tido. aku call syafiq bagitau aku sakit perut. time ni aku macam x keruan dah. dengan badan dedar. sakit perut.

time ni macam yakin dah aku pregnant. semua tanda perubahan horman jadi kat aku. aku beli lagi 1 UPT. aku buat hari khamis 28 May. result dia pun blurrr. macam dalam gambar kat atas tu. UPT yang bawah. masih jugak tak bagitau syafiq.

30 May aku balik sabak. time tu aku memang dah beli 2 UPT. kali ni aku nekad nak test & bagitau syafiq. aku beli Dip n Tell dengan Clear Blue Digital. bangun pagi. lepas solat subuh. dah siap masak sarapan. aku pegi buat. aku masuk dalam bilik. aku tinggal kan je UPT tu atas katil.

Syafiq masuk bilik. tak lama lepas tu dia panggil aku. dia suruh aku tengok sendiri result UPT tu.

tulah result dia. aku pandang muka syafiq. dia macam nak senyum. tapi macam nak nangis. dia speechless. dia pandang aku. dia kata. "abg x sangka yg. Terima Kasih syg. Mulai hari ni jaga makan, minum. jangan lasak2"
aku pun macam x sangka. benda jadi mcm cepat sangat. baru bulan lps kami sanding. bulan ni kami dah naik status parents to be.

ape pun Syukur Alhamdulillah. ini lah rezeki yang paling x ternilai buat kami.


sekarang dah check up 2 tempat.
1. Hospital umra. yang ni aku memang puas hati. service terbaik. scan dia clear sangat. boleh nampak baby menggeliat. kaki tangan. bunyi jantung yang sangat jelas. buat masa ni bill check up aku x lebih rm150.00
2. Klinik Kesihatan Seksyen 7. so far ok. jangan la nak banding kan dengan swasta yer. syukur check up free.

Ni Scan dekat Umra masa kandungan 12 minggu.
masa scan dekat umra. syafiq paling teruja. dia suka tengok baby tu menggeliat. tangan macam melambai lambai. dia kata dia rasa nak nangis masa tu. sebab nampak Anugerah Allah yang sangat hebat ni.

ni Scan dekat KK sek 7 masa kandungan 13W 6days.
X berapa clear kan. biasa la. benda free dengan berbayar memang beza..


Notakaki: doakan yang baik-baik untuk kami yer.

Thursday, August 13, 2015

I'm Taken By Syafiq Azmal

Assalam..

Syukur Alhamdulillah dah hampir 4 bulan jadi isteri. tak tau nak kata apa.banyak sangat2 yang berubah.


Ok aku just summarize je la ape yang jadi sepanjang proses nak jadi isteri syafiq ni yer. sebab x de idea langsung nak buat ayat.


SPA..
aku start cuti selase 21 April 2015. selase tu kira aku ambik half day. petang tu aku dah buat appointment dengan Nu'della Islamic Spa, Seksyen 7.

aku ambik pakej basic seri pengantin. tapi yang basic facial tu aku tukar dengan full body massage. masa aku datang tu memang x de customer lain. aku sorang je. so memang layan aku sorang je la. memang puas hati. dapat rilex kat situ. aku buat start pukul 2.30 ptg sampai 5.30 ptg. 

Nikah

24.04.2015
hari yang mana aku bertukar status. entah ape perasaan masa ni. emotionless aku rasa. yang pasti dari pagi jumaat tu aku x nak tengok mak aku. sedih dia lain macam. sebab aku memang anak terlebih manja dengan mak ayah aku. kalau sebelum ni aku la yang balik kampung setiap minggu. bawak mak ayah aku kesana kemari. mana tempat yang mak ayah aku pegi aku tak ikut? pasar, kenduri, rumah sedara, masjid, raya, shopping, berjalan, hospital. segala tempat la aku ikut. tapi lepas ni? 

aku start make up pukul 11pg. awal kan. nak nikah pukul 3.30ptg. nasib baik aku period. so x de masalah la make up awal. time make up la baru dapat nak tutup mata sekejap. pkl 1.45 aku siap make up, pakai baju. siap semua, mak aku jenguk aku dalam bilik. kan dah cakap x nak tengok muka mak. nnt sebak.. aku ego sikit x nak nangis depan mak aku.

pukul 2.15 fotografer datang. start posing gedik gedik sebelum orang ramai datang. pukul 3 pihak lelaki sampai. tunggu tok kadi. pkl 3.30 baru tok kadi & saksi sampai.
aku dipanggil keluar bilik duduk dekat mini pelamin. sepanjang tok kadi tu khutbah nikah aku x dpt fokus. fikiran aku bukan dekat situ. aku pandang belakang syafiq. dalam hati aku "Dia suami aku ke?" aku risau syafiq salah sebut nama aku. nama aku kan pjg. aku risau ayah aku pun salah sebut.

Tapi masa nak lafaz akad tu ayah cakap dgn tok kadi. mintak izin untuk lafaz kan 1 nama je. lega aku dgr. dengan sekali lafaz, Syukur aku dah sah jadi isteri kepada Mohd Syafiq Bin Azmal. aku pandang dia. dalam hati. Ya Allah semoga hubungan ini kekal hingga akhir hayat.

aku sikit pun x menangis masa ni. tabah kan aku. aku memang dah cakap dalam hati sebelum nikah lagi. kenapa hari bahagia nak menangis? sepatutnya gembira kan. sampai la turn kena salam dengan mak aku. memang x dapat tahan la. leleh beb.. siap sedu2 lagi nangis.


setel semua. tetamu semua pegi makan. syafiq datang dekat aku untuk batal air sembahyang. aku macam x ready masa tu. dia terus datang duduk pegang ubun-ubun aku baca doa. aku blurrr masa tu.




Add caption



Ini la keluarga kecil aku. suami, mak mertua, adik ipar. 


Sanding
25 April 2015

bangun pagi seawal 5 pagi sebab mak kejut suruh tolong masak. kau ade pengantin memasak di pagi hari?? siap-siap makan semua. pukul 9.30 baru mandi pakai lawa-lawa. hahaha
pukul 10.30 mak andam datang nak make up. setel pakai baju semua. tepat pukul 12.30 pihak lelaki sampai. siap ade kompang bagai. ni semua abang ipar aku yang semangat nak berkompang.
Syukur sangat ramai kwn2 yang datang. sedara mara yang datang. Alhamdulillah.. Rasa macam nak sanding lagi.





(Aku tls blog dekat pc ofis. maka x banyak gambar dalam pc ni)


Bertandang
02 May 2015

Hari bertandang ni hujan lebat sangat sangat. sepatutnya bersanding pkl 12.30. tangguh sampai pukul 1.30.. tu pun redah je la hujan hujan tu. nak tunggu berenti malam plak kang. Bertandang aku sangat simple. baju tempah sendiri. simple simple je.





kami tak ada honeymoon pun. sebab aku masuk kerja cepat. tak sempat berehat ape pun. cuma masa birthday syafiq 16 May 2015 tu kami pergi Cameron Highland. tu pun dah lps lunch sabtu tu baru buat keputusan nak pegi.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dan sekarang I am Mommy To be. next entry aku cerita.



Tuesday, November 25, 2014

dua puluh lima hari bulan sebelas dua ribu empat belas

soon..
makin dekat..
tapi tak tau bila.

kalau tak jumpa rindu
kalau tak jumpa tidur pun termimpi mimpi
tapi
kalau jumpa mesti gaduh
kalau jumpa tak tau nak ke mana
jodoh memang macamni ke?

lepas bersatu hati kita nanti
kita tetap jauh
bukan kehendak aku
siapa yang nak bertahun menanti
tapi bila "halal" tetap berasingan
aku cuma redha. aku tunggu hingga semuanya stabil
demi cita cita dan masa depan kita

jagalah hati tu baik baik
jangan cuba bagi pinjam dekat orang lain
takut terus terbagi semuanya

harap semua ni akan kekal selamanya
harap hingga ke syurga
harap sayang tak kira usia







aku tunggu hingga kau jemput aku ke rumah kita nanti. rumah kita sendiri. insyaAllah.





najihah
masih tunang awak
251114

Monday, November 10, 2014

B2B : persediaan kurang dari 6 bulan

 


actually kami tak ada tarikh lagi. samada bulan 3 or 4.

x tau la bila. tunggu je family kami berbincang.

Persediaan, hantaran aku sangat simple. apa yang kami buat, barang dia guna duit dia. barang aku guna duit aku. so lebih beragak nak keluar duit.

Hantaran dari pihak lelaki.
1. Gelang
2. Telekung - OTW
3. perfume - done
4. handbag - done
5. kasut

Hantaran dari pihak perempuan
1. Cincin
2. Kasut - done
3. perfume - done
4. baju & belt - done
5. Al-Quran

1.Telekung aku beli telekung lycra kosong, aku beli Patch lace. aku jahit sendiri. ni contoh dia. nanti dah siap aku upload aku punya.

 
 
2. Perfume - yang ini mmg terlebih badget. sebab dah falling in love dgn bau dia
 
3. Handbag - Tommy Hilfiger. Handbag ni actually dapat free. hehe.. rezeki nak kahwin kot.
 
 
Syafiq.
 
1. Kasut from tomaz. kepada yang nak kawen. lelaki boleh la pegi TOMAZ. sangat cantik + berbaloi + murah. Tak sampai RM150 pun.
 
2. Perfume - pun terlebih bajet. Zagna perfume + Body & hair wash + After shave lotion.
 
3. Baju - Santa Barbarra. yang ini memang senyum. harga display lain. tapi orang tu key in lain. tak ta la salah key in ke ape. sebab dia takpaki scan bar code tu.
 
4. Belt - dari tomaz.. uolsss buka la FB tomaz.
 
 
 
 
 
notakaki: doa kan kami dipermudahkan urusan yer. syafiq pu Alhamdulillah dh kerja yang lebih bagus, yag boleh menampung keluarga. aku je asih setia kerja company lama.