Syukur Alhamdulillah Allah Bagi rezeki awal pada kami. Allah tu adil kan. Allah tak bagi lagi rezeki pada kami untuk tinggal serumah. tapi Allah bagi aku peneman dalam rahim ni buat aku rasa suami aku sentiasa ada dengan aku.
Tanda-Tanda Awal Mengandung:
1. Lewat Period
time ni aku baru lewat 3 hari sebenarnya. tapi dalam hati dah terdetik. Eh, dah ade isi ke. x pernah lewat period. Tapi x nak la fikir sangat. mungkin sebab perubahan Hormon kot. baru lepas kahwin kan.
2. Kerap sendawa
ni memang tahap x boleh bendung. asyik nak sendawa je. tak tertahan angin dia. siang malam pagi petang buang angin. sampai syafiq cakap. lapar ke kenyang ke sendawa jerrr..
3. Letih & Mengantuk
Kalau dekat office. aku sanggup tak lunch sebab nak tido tengahari tu. balik kerja mandi2 solat maghrib. tunggu azan isyak. azan je trus solat. sebab mata dah x tahan ngantuk sangat2. awal2 tu mmg tido pkl 9 la. sampai subuh.
genap seminggu lewat period. Hari jumaat pagi 22hb May aku balik sungai besar sebab nak balik pahang ptg tu. Pagi tu bangun tido aku gatal pg buat UPT. padahal baru lewat seminggu kan. punya la berdebar. cicing dulu. aku biakan je UPT tu. mandi2 semua baru tengok. neves punya pasal.
result dia.....
Yang atas tu first test aku. sangat kabur kan. aku pun nampak tak nampak je line tu. tapi masa tu aku agak benda ni false kot. sebab aku biakan lama sangat. aku sorok dalam beg. tak bagitau syafiq pun. petang tu balik pahang macam biasa. buat aktiviti macam biasa.
4. Sakit Pinggang
ahad balik s.alam. malam tu pinggang aku sakit sangat. ya ampun.. x boleh tido. esok pegi kerja masih sakit. aku berehat je dekat ofis. tak banyak buat kerja.
5. Demam Malam
asal malam je suhu badan naik. bukan demam panas. tapi badan dedar..6. Perut rasa memulas
ni jadi bila malam je. rasa macam sakit senggugut tu. tapi bukan senggugut.. x boleh tido. aku call syafiq bagitau aku sakit perut. time ni aku macam x keruan dah. dengan badan dedar. sakit perut.
time ni macam yakin dah aku pregnant. semua tanda perubahan horman jadi kat aku. aku beli lagi 1 UPT. aku buat hari khamis 28 May. result dia pun blurrr. macam dalam gambar kat atas tu. UPT yang bawah. masih jugak tak bagitau syafiq.
30 May aku balik sabak. time tu aku memang dah beli 2 UPT. kali ni aku nekad nak test & bagitau syafiq. aku beli Dip n Tell dengan Clear Blue Digital. bangun pagi. lepas solat subuh. dah siap masak sarapan. aku pegi buat. aku masuk dalam bilik. aku tinggal kan je UPT tu atas katil.
Syafiq masuk bilik. tak lama lepas tu dia panggil aku. dia suruh aku tengok sendiri result UPT tu.
tulah result dia. aku pandang muka syafiq. dia macam nak senyum. tapi macam nak nangis. dia speechless. dia pandang aku. dia kata. "abg x sangka yg. Terima Kasih syg. Mulai hari ni jaga makan, minum. jangan lasak2"
aku pun macam x sangka. benda jadi mcm cepat sangat. baru bulan lps kami sanding. bulan ni kami dah naik status parents to be.
ape pun Syukur Alhamdulillah. ini lah rezeki yang paling x ternilai buat kami.
sekarang dah check up 2 tempat.
1. Hospital umra. yang ni aku memang puas hati. service terbaik. scan dia clear sangat. boleh nampak baby menggeliat. kaki tangan. bunyi jantung yang sangat jelas. buat masa ni bill check up aku x lebih rm150.00
2. Klinik Kesihatan Seksyen 7. so far ok. jangan la nak banding kan dengan swasta yer. syukur check up free.
Ni Scan dekat Umra masa kandungan 12 minggu. |
ni Scan dekat KK sek 7 masa kandungan 13W 6days. |
Notakaki: doakan yang baik-baik untuk kami yer.
No comments:
Post a Comment