Thursday, August 13, 2015

I'm Taken By Syafiq Azmal

Assalam..

Syukur Alhamdulillah dah hampir 4 bulan jadi isteri. tak tau nak kata apa.banyak sangat2 yang berubah.


Ok aku just summarize je la ape yang jadi sepanjang proses nak jadi isteri syafiq ni yer. sebab x de idea langsung nak buat ayat.


SPA..
aku start cuti selase 21 April 2015. selase tu kira aku ambik half day. petang tu aku dah buat appointment dengan Nu'della Islamic Spa, Seksyen 7.

aku ambik pakej basic seri pengantin. tapi yang basic facial tu aku tukar dengan full body massage. masa aku datang tu memang x de customer lain. aku sorang je. so memang layan aku sorang je la. memang puas hati. dapat rilex kat situ. aku buat start pukul 2.30 ptg sampai 5.30 ptg. 

Nikah

24.04.2015
hari yang mana aku bertukar status. entah ape perasaan masa ni. emotionless aku rasa. yang pasti dari pagi jumaat tu aku x nak tengok mak aku. sedih dia lain macam. sebab aku memang anak terlebih manja dengan mak ayah aku. kalau sebelum ni aku la yang balik kampung setiap minggu. bawak mak ayah aku kesana kemari. mana tempat yang mak ayah aku pegi aku tak ikut? pasar, kenduri, rumah sedara, masjid, raya, shopping, berjalan, hospital. segala tempat la aku ikut. tapi lepas ni? 

aku start make up pukul 11pg. awal kan. nak nikah pukul 3.30ptg. nasib baik aku period. so x de masalah la make up awal. time make up la baru dapat nak tutup mata sekejap. pkl 1.45 aku siap make up, pakai baju. siap semua, mak aku jenguk aku dalam bilik. kan dah cakap x nak tengok muka mak. nnt sebak.. aku ego sikit x nak nangis depan mak aku.

pukul 2.15 fotografer datang. start posing gedik gedik sebelum orang ramai datang. pukul 3 pihak lelaki sampai. tunggu tok kadi. pkl 3.30 baru tok kadi & saksi sampai.
aku dipanggil keluar bilik duduk dekat mini pelamin. sepanjang tok kadi tu khutbah nikah aku x dpt fokus. fikiran aku bukan dekat situ. aku pandang belakang syafiq. dalam hati aku "Dia suami aku ke?" aku risau syafiq salah sebut nama aku. nama aku kan pjg. aku risau ayah aku pun salah sebut.

Tapi masa nak lafaz akad tu ayah cakap dgn tok kadi. mintak izin untuk lafaz kan 1 nama je. lega aku dgr. dengan sekali lafaz, Syukur aku dah sah jadi isteri kepada Mohd Syafiq Bin Azmal. aku pandang dia. dalam hati. Ya Allah semoga hubungan ini kekal hingga akhir hayat.

aku sikit pun x menangis masa ni. tabah kan aku. aku memang dah cakap dalam hati sebelum nikah lagi. kenapa hari bahagia nak menangis? sepatutnya gembira kan. sampai la turn kena salam dengan mak aku. memang x dapat tahan la. leleh beb.. siap sedu2 lagi nangis.


setel semua. tetamu semua pegi makan. syafiq datang dekat aku untuk batal air sembahyang. aku macam x ready masa tu. dia terus datang duduk pegang ubun-ubun aku baca doa. aku blurrr masa tu.




Add caption



Ini la keluarga kecil aku. suami, mak mertua, adik ipar. 


Sanding
25 April 2015

bangun pagi seawal 5 pagi sebab mak kejut suruh tolong masak. kau ade pengantin memasak di pagi hari?? siap-siap makan semua. pukul 9.30 baru mandi pakai lawa-lawa. hahaha
pukul 10.30 mak andam datang nak make up. setel pakai baju semua. tepat pukul 12.30 pihak lelaki sampai. siap ade kompang bagai. ni semua abang ipar aku yang semangat nak berkompang.
Syukur sangat ramai kwn2 yang datang. sedara mara yang datang. Alhamdulillah.. Rasa macam nak sanding lagi.





(Aku tls blog dekat pc ofis. maka x banyak gambar dalam pc ni)


Bertandang
02 May 2015

Hari bertandang ni hujan lebat sangat sangat. sepatutnya bersanding pkl 12.30. tangguh sampai pukul 1.30.. tu pun redah je la hujan hujan tu. nak tunggu berenti malam plak kang. Bertandang aku sangat simple. baju tempah sendiri. simple simple je.





kami tak ada honeymoon pun. sebab aku masuk kerja cepat. tak sempat berehat ape pun. cuma masa birthday syafiq 16 May 2015 tu kami pergi Cameron Highland. tu pun dah lps lunch sabtu tu baru buat keputusan nak pegi.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dan sekarang I am Mommy To be. next entry aku cerita.



No comments:

Post a Comment