Thursday, October 8, 2009

baCa!!!!!!!!!!!!!!!!

yang dicari,
walau bukan putera raja, tapi biarlah putera agama..

yang diimpi,
biarlah x punye rupa, asal sedap dipandang mata..

yang dinilai,
bukan sempurna sifat jasmani..
asalkan sihat ruhani, sempurna hati..

yang diharap,
bukan jihad pada semangat,
asal perjuangannya ada matlamat..

yang datang,
tak perlu rijal yang gemilang,
kerana aku serikandi dengan kisah silam yang kelam..

yang dinanti,
bukan lamaran dengan permata...
cukuplah akad dan janji setia..

&

yang akan terjadi,
andai tak sama kehendak hati..
aku redha ketetapan ilahi..
itulah ketentuan sejak azali...


---------------------------------------------------------------------------------------

CINTA layaknye seperti seekor rama-rama. semakin kalian mengejarnya semakin jauh ia terbang meninggalkan kalian..biarkan rama ramamu terbang kemana saja ia suka..siapa tahu bila ia lelah dan tidak sedar akan kewujudanmu ia bakal mengibaskan sayapnya kearahmu menumpang teduh dari panas hujan badai dunia dalam keadaan kau tidak sangka mungkin saja rama rama yang kau kejar itu bukan rama rama yang ALLAH peruntukkan untuk mu...

-----------------------------------------------------------------------------------------------

lembut wanita kerana senyumannya..
cekal wanita kerana beraninya..
patuh wanita kerana kesetiaannya..
sabar wanita kerana imannya..
kasih wanita kerana belaiannya..
lemah wanita kerana airmatanya..
ikhlas wanita kerana simpatinya..
pendam wanita kerana cemburunya..
sayang wanita kerana sifat keibuaanya..
tanpa wanita lelaki menjadi lemah..
kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah..

-----------------------------------------------------------------------------------------------


jangan bersedih... kekasih pilihan Allah akan dihadiahi dugaan hebat.. tanda kasihnya... jalan nya dihiasi duri-duri luke..
tidak dibiarkan lena didalam lena nikmat yang melimpah tetapi dihidangkan keperitan susah payah yang tiada sudah..


-----------------------------------------------------------------------------------------------


SAHABAT...
tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan..
walaupun maut menjadi noktahnya..
kerana seorang sahabat itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya yang lain walaupun tanpa bayangnya...


-----------------------------------------------------------------------------------

SAHABAT...
carilah sahabat yang bila mana memandang wajahnya teringat kita akan Allah..
apabila mendengar perbualannya, iman kita akan bertambah..
apabila mendampinginya hati akan menjadi tenang..
itulah diantaranya terdapat tanda seorang sahabat sejati..

-------------------------------------------------------------------------------------------------


1 comment:

  1. jangan bersedih... kekasih pilihan Allah akan dihadiahi dugaan hebat.. tanda kasihnya... jalan nya dihiasi duri-duri luke..
    tidak dibiarkan lena didalam lena nikmat yang melimpah tetapi dihidangkan keperitan susah payah yang tiada sudah..perghhh mantop ayt neh...no matter what happen believes that happiness will come after sadness.

    ReplyDelete