Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati si dia, jangan menyintai aku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari die mengingati yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan kerana rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan hartanya..
Tolong ingatkan si dioa aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia...
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. aku milik ang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawab besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan di rapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan s dia, bila jarak menjada penyebab bertambah rindunya..
Tolong sampaikan pada si dia. aku dambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,
hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong Sampaikan pada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri..
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri
tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
simpanlah pesanan ku ini sehingga
bertemu diriku suatu hari nanti..
No comments:
Post a Comment